DANANTARA, DANA MAHSUL BAHARU INDONESIA Presiden Indonesia, Prabowo… — tvCTC.fm Blast — TG.ME

DANANTARA, DANA MAHSUL BAHARU INDONESIA

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto telah melancarkan dana mahsul (sovereign wealth fund) baharu Indonenisa yang diberi nama Danantara.

Danantara dijangka menjadi dana mahsul yang terbesar di Asia Tenggara, sekali gus memberikan Prabowo kawalan yang lebih besar ke atas sumber kewangan negara.

Prabowo merancang untuk memanfaatkan aset dana tersebut yang dirancang melebihi AS$900 bilion (RM3.96 trilion) bagi melonjakkan Indonesia ke status ekonomi maju.

Namun setakat ini, butiran mengenai bagaimana dana ini akan beroperasi dan entiti mana yang akan berada di bawah kawalannya masih belum dijelaskan.

Dana ini akan beroperasi secara terus kepada Prabowo, sekaligus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pakar.

Seorang pakar menyifatkan kawalan presiden ke atas dana ini seperti bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, yang mengendalikan dana mahsul 1MDB yang akhirnya terpalit skandal besar.

SUMBER : Malaymail (24 Feb 2025)

📷 AFP

#EconomyExpress
February 26, 2025 137