HEBAHAN DAN PENGLIBATAN PELAJAR PERTANDINGAN AEROBIC DANCE PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026
Dimaklumkan bahawa Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johar dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Senggarang akan menganjurkan Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Negeri Johar 2026 pada 23 Ogas 2026 (Ahad) bertempat di Dewan Jubli lntan Johar Bahru.
Program ini bertujuan untuk mempromosi sukan Aerobic Dance dan meningkatkan kualiti penyertaan berdasarkan komponen "Code of Point" peringkat kebangsaan (FIG). Hanya satu kategori dipertandingkan iaitu Terbuka Remaja (17 tahun ke bawah) & pertandingan ini mensasarkan seramai 200 orang peserta.
Bersama-sama ini disertakan poster pertandingan dan kod QR pendaftaran untuk tindakan tuan jua. Sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi Cik Glendalyn Johny di talian 019-8951396 atau e-mel di alamat [email protected].












