Kelmarin, Israel berkata bahawa mereka sedang menuju ke arah keputusan untuk menyerang Lubnan, semalam Hizbullah melepaskan tembakan roket ke pangkalan mereka, membunuh dan mencederakan berpuluh-puluh tentera.
Sementara itu, ketua Hizbullah, Nasrallah berkata: "Kalau kamu mahu perang, teruskan."
Hizbullah, setelah menyedari kelemahan IDF, yang selepas 7 bulan hampir tidak mencapai sebarang kejayaan ketara menentang Hamas yang kurang dari segi kelengkapan senjata, yang masih berdiri teguh, kini memprovokasi Israel untuk menyerang Lubnan. Mereka benar-benar mahukan pencerobohan itu.
Jika kalian masih ingat di awal perang ini, ada kajian menyebut fasa pertama dan tugas Hamas ialah mengorbankan dan melumpuhkan tentera Israel sebanyak mungkin, sehingga fasa kedua peperangan dengan Hizbullah bermula.
Hamas telah melebihi semua jangkaan yang mungkin dan bukan sahaja melumpuhkan IDF malah masih masih berdiri teguh. Serangan ke atas Lubnan akan menjadi 10 kali lebih bahaya daripada Gaza.
Hizbullah mempunyai tentera berpengalaman ketenteraan lebih 100,000 orang, senjata yang banyak, dan laluan bekalan melalui Syria yang juga akan berfungsi untuk menguatkan dengan bantuan Houthi.
Kemungkinan besar yang akan berlaku ketika ini ialah Israel akan menerima gencatan senjata dengan Hamas hanya untuk menyelesaikan hubungan diplomatik dengan Hizbullah atau mereka akan menderita jika mereka memilih untuk menyerang Hizbullah di Lubnan.
Forwarded from𝘀𝘁𝗮𝗻𝗱𝟰𝗺𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺
34
2
2June 7, 2024 1.7K 4