PENEMUAN SPESIES KETAM BAHARU DI SARAWAK! ๐ฆ Berita baik untuk biodiversiti negara! Satu spesies ketam separuh darat (semiterrestrial) baharu daripada kumpulan ketam 'vampire', iaitu ๐ฎ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐, telah berjaya direkodkan dan didokumentasikan sebagai spesies baharu. ๐ Lokasi Penemuan: Spesies ini ditemui di hutan pergunungan di Gunung Penrissen, Barat Daya Sarawak, pada ketinggian sekitar 1,040 meter dari aras laut. Ia lazimnya ditemui di celah-celah lapisan daun gugur atau tumbuh-tumbuhan berhampiran aliran air dan formasi batuan. Ciri-ciri Unik: โ Spesies ini dinamakan ๐ฎ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ sempena lokasi penemuannya, iaitu Gunung Penrissen. โ Ia mempunyai cangkerang yang berbentuk hampir segi empat sama. โ Mempunyai variasi warna dari coklat kemerahan gelap (bagi ketam dewasa) hingga warna coklat gelap dengan sedikit kilauan. โ Mempunyai bintik-bintik kecil berwarna biru atau putih pada cangkerang dan apendajnya (terutamanya pada ketam muda), manakala matanya berwarna hitam berbanding berwarna kuning berkilauan dan boleh memantulkan cahaya dalam tona yang berbeza seperti spesies Geosesarma yang lain. โ Signifikan Penemuan: Ini merupakan spesies genus ketam Geosesarma yang ketiga yang diketahui mendiami kawasan hutan pergunungan di kepulauan Borneo (selain G. larsi dan G. aurantium). ๐ Tahniah diucapkan kepada barisan penyelidik, iaitu Dr. Jongkar Grinang dari UNIMAS, Sarawak, Dr. Paul Y. C. Ng, dan Dr. Peter K. L. Ng dari Singapura atas penerbitan hasil kajian ini di dalam Raffles Bulletin of Zoology (2026). Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama menyokong usaha pemuliharaan alam sekitar agar habitat pergunungan yang menjadi rumah kepada pelbagai spesies endemik yang unik seperti ketam ini terus terpelihara dan kekal dara. ๐ท photographed by Chien Lee #MyBIS #BiodiversitiMalaysia #KetamVampire #VampireCrab #GeosesarmaPenrissen #GunungPenrissen #Sarawak #SpesiesBaharu #PemuliharaanAlamSekitar #KhazanahMalaysia
PENEMUAN SPESIES KETAM BAHARU DI SARAWAK! ๐ฆ Berita baik untukโฆ โ Serene NotesChannel สใฃโขแดฅโขสใฃ โ TG.ME
August 27, 2026 1.2K 1 11