PPGB2.0: post #1702 — TG.ME

KUALA LUMPUR: Seramai 420,879 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 yang akan dilaksanakan mulai 26 Oktober hingga 17 Disember depan.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, peperiksaan berkenaan membabitkan 3,334 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Ujian Bertutur Bahasa Melayu akan berlangsung pada 26 hingga 29 Oktober, diikuti Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 2 hingga 5 November.

Ujian Amali Sains pula dijadualkan pada 16 hingga 18 November, manakala peperiksaan bertulis akan berlangsung dari 23 November hingga 17 Disember.

Bagi Ujian Mendengar Bahasa Melayu, ia dijadualkan pada 30 November, manakala Ujian Mendengar Bahasa Inggeris pada 1 Disember.

KPM berkata, Lembaga Peperiksaan akan mengumumkan jadual waktu peperiksaan SPM 2026 yang lengkap dalam masa terdekat.

Follow
🔵 @ppgb2
❤12
August 18, 2026 21.3K 162