PANDUAN PENGISIAN SENARAI SEMAK KOMPETENSI DIRI (SSKD)* *STANDARD… — PPGB2.0 — TG.ME

PPGB2.0Photo
*PANDUAN PENGISIAN SENARAI SEMAK KOMPETENSI DIRI (SSKD)*
*STANDARD GURU MALAYSIA 2.0 (SGM 2.0)*
*DALAM SISTEM GURU MALAYSIA (SGMy)*

*LANGKAH 1*
Pendaftaran Akaun Kali Pertama di SGMy

Klik Daftar Pengguna pada link ini:
https://sgmy.moe.gov.my/sgmy_2026/daftar_pengguna.cfm

1. Masuk no IC guru – 12-digit tanpa sengkang (-)
2. Klik *"Daftar Akaun"*
3. Notifikasi pendaftaran akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.
4. Tekan menu *"Kembali ke Log Masuk"* untuk meneruskan proses log masuk.


*LANGKAH 2*
Log Masuk ke Sistem Guru Malaysia 2026 (SGMy 2026)

1. Setelah melengkapkan Langkah 1, anda akan dibawa ke halaman log masuk SGMy di
https://sgmy.moe.gov.my/sgmy_2026/index.cfm.
2. Pastikan menu *"Guru"* dipilih.
3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan 12 digit tanpa sengkang (-).
Contoh: 1234567891011
4. Masukkan Kata Laluan, iaitu nombor kad pengenalan yang diterbalikkan (dibaca dari kanan ke kiri).
Contoh: 1101987654321
5. Masukkan kod CAPTCHA.
6. Tekan menu *"Log Masuk"*.
7. Penukaran Kata Laluan (pilihan).


*LANGKAH 3*
Log Masuk ke Sistem Guru Malaysia 2026 (SGMy 2026)

1. Pilih modul *“STANDARD GURU MALAYSIA (SGM 2.0)”* di bahagian kiri paparan.
2. Pilih *“Senarai Semak Kompetensi Diri (SSKD)”*.


*LANGKAH 4*
Pengisian SSKD

1. Lengkapkan SSKD.
i. Domain 1
ii. Domain 2
iii. Domain 3
iv. Domain 4
2. Tekan menu *"Simpan"* untuk menyimpan dan menghantar maklumat.

*Nota:*
i. Semua guru menjawab Domain 1 hingga 4.
ii. Tempoh pengisian adalah dari *Januari hingga Oktober+ pada tahun semasa.
iii. Guru boleh melengkapkan pengisian secara berperingkat.
iv. Sistem akan menyimpan rekod jawapan secara automatik setelah setiap domain
selesai dijawab.


*LANGKAH 5*
Menjana dan Memuat Turun Analisis SSKD

1. Tekan menu *"Analisa SSKD"* untuk menjana laporan.
2. Semak laporan yang dipaparkan.
3. Muat turun atau cetak laporan PDF mengikut keperluan.

Follow
🔵 @ppgb2

Urusan Portfolio PPGB2.0 melalui
➡️ @MahMj86
❤14👍2
August 17, 2026 14.5K 2 207