1c) Fokus kesan tidak mematuhi masa kepada pekerja 😞 Pilihan 1… — ICC Pendidikan Moral SPM 2026 — TG.ME

1c) Fokus kesan tidak mematuhi masa kepada pekerja 😞

Pilihan 1: Ingat "Kerja"
Fakta: Prestasi kerja menurun [1 markah].
Huraian 1: Gagal menyiapkan tugasan [1 markah].
Huraian 2: Kerja tidak siap mengikut tempoh ditetapkan [1 markah].

Pilihan 2: Ingat "Bos Marah"
Fakta: Mendapat amaran daripada majikan [1 markah].
Huraian 1: Selalu lewat ke tempat kerja [1 markah].
Huraian 2: Dikenakan tindakan disiplin [1 markah].

Pilihan 3: Ingat "Kawan Tak Percaya"
Fakta: Hilang kepercayaan majikan dan rakan sekerja [1 markah].
Huraian 1: Pekerja tidak boleh diharap [1 markah].
Huraian 2: Kurang komitmen terhadap kerja [1 markah].

Pilihan 4: Ingat "Pangkat"
Fakta: Menjejaskan peluang kenaikan pangkat [1 markah].
Huraian 1: Pekerja tidak berdisiplin [1 markah].
Huraian 2: Tidak dapat jawatan lebih tinggi [1 markah].

Pilihan 5: Ingat "Syarikat"
Fakta: Operasi syarikat terganggu [1 markah].
Huraian 1: Mengganggu kelancaran mesyuarat [1 markah].
Huraian 2: Perancangan kerja harian rosak [1 markah].

Tip untuk murid lemah: Pilih mana-mana satu set yang mempunyai perkataan yang paling mudah untuk anda ingat dan tulis semula sebiji-sebiji semasa peperiksaan.
❤2
August 27, 2026 2.1K 17