Fundamental Watch — CAD Bank Holiday 🇨🇦 Hari ini kita nampak dalam… — PETS Trading Lab 📊 — TG.ME

Fundamental Watch — CAD Bank Holiday 🇨🇦

Hari ini kita nampak dalam Forex Factory ada CAD Bank Holiday.

Bila sesebuah negara bank holiday, ini bermaksud sebahagian besar aktiviti banking dan institusi kewangan negara tersebut tidak beroperasi seperti biasa.

Untuk CAD, kesannya biasanya bukan bermaksud CAD confirm weak.

Tetapi lebih kepada:

Liquidity CAD mungkin lebih rendah.
Pergerakan pair CAD boleh jadi lebih perlahan.
Market boleh nampak kurang jelas.
Kadang-kadang price mudah bergerak pelik sebab volume nipis.

Pair yang melibatkan CAD seperti USDCAD, CADJPY, GBPCAD dan EURCAD perlu dibaca dengan lebih berhati-hati hari ini.

Kalau ada pergerakan besar pada pair CAD, jangan terus anggap ia datang daripada CAD semata-mata.

Kadang-kadang yang sebenarnya menggerakkan market ialah currency lawan seperti USD, GBP, EUR atau JPY.

Dalam trading, fundamental bukan untuk kita terus tekan buy atau sell.

Fundamental bantu kita faham market condition.

Chart pula bantu kita cari kawasan reaction.

Risk management pula tentukan sama ada setup itu masih selamat untuk akaun atau tidak.

Hari ini, untuk pair CAD:

Jangan kejar candle.
Baca liquidity.
Tunggu confirmation.
Jaga risk.

PETS Trading Lab

➡️Education purpose only.
➡️Bukan signal atau nasihat kewangan.
❤1
May 18, 2026 335