Isu Harian yang Sangat Relevan dengan Murid
Isu-isu ini sering menjadi fokus kerana ia merupakan cabaran sebenar di persekitaran sekolah dan kehidupan remaja:
Peniruan dan Penipuan Semasa Peperiksaan: Gejala membawa nota ke dalam dewan, meniru semasa peperiksaan, atau meniru kerja kursus rakan. Isu ini amat dekat dengan realiti harian murid.
Penyalahgunaan Teknologi (Buli Siber): Tindakan memuat naik komen yang menghina dan memalukan murid lain di media sosial. Perbuatan ini menyebabkan mangsa terpaksa menanggung tekanan emosi dan menjadi mangsa buli siber.
Pengaruh Budaya Hedonisme: Segelintir remaja mudah terpengaruh dengan gaya hidup yang hanya mementingkan keseronokan semata-mata, seperti gejala lepak dan lumba haram.
Ketidakpatuhan Masa: Masalah pengurusan dan ketidakpatuhan masa yang sering berlaku dalam kalangan murid.
Kurang Penglibatan Sukarelawan: Isu kurangnya penglibatan dan kesedaran remaja untuk menyertai aktiviti kerja amal dan bakti dalam masyarakat.
Sikap Mengagungkan Jenama Luar: Isu ini menguji kebolehan remaja berwawasan untuk lebih mempromosikan barangan buatan Malaysia kepada rakan-rakan berbanding sikap yang gemar mengagungkan jenama luar.
Forwarded fromICC Pendidikan Moral SPM 2026
7July 29, 2026 3K 72