Sedikit tips daripada saya untuk Moral:
1. Jangan sesekali gunakan NILAI MURNI kecuali dinyatakan dalam soalan.
Cth:
Gantikan perkataan Hormat kepada..? (Taat)
2. Untuk soalan esei
Gunakan format
-Fakta
-Huraian
-Huraian lanjutan
-Contoh
-Inferens
Inferens tu JANGAN SALIN fakta kamu,bagi satu kesimpulan kecil. Elakkan guna perkataan "Kesannya," dalam essay kecuali kalau kehendak soalan dia adalah kesan.
3. Fahamkan Konsep setiap bab,jangan HAFAL.
Contoh:
Apa itu pengurusan kewangan?
Apa itu pelepasan cukai?
Kamu kena faham semua maksud dan kata kunci soalan.
4. Tulis SEBANYAK MUNGKIN untuk esei sebagai tambahan idea.Kalau kamu rasa idea kamu Salah,tulis lagi huraian/contoh yang baru untuk selamat.
5. Banyakkan MEMBACA,terutamanya tentang ISU-ISU SEMASA. Soalan moral kebanyakan tentang isu-isu yang berlaku di sekitar kita.
Cth:
Mungkin dia akan Tanya psl isu murid ditikam.
Pelaku akan dikenakan hukuman ikut prinsip keadilan atau prinsip keprihatinan?
6. Jangan ULANG isi/huraian/contoh yang sama untuk Esei,kalau tidak Cikgu akan Tanda U(ulangan),markah akan ditolak terus.
7. Pastikan tulis sekurang-kurangnya 5 NILAI MURNI yang berkenaan jika soalan minta.
8. Untuk soalan struktur,tidak perlu tulis KEPALA AYAT. Hanya soalan esei sahaja yang perlu.
9. Pastikan ayat kamu jangan tergantung. Mesti jelas. Contoh & huraian kena SPESIFIK.
Itu sahaja daripada saya! Semoga membantu🫶🫶
Saya doakan kita semua A+ !!💙
32July 7, 2026 7.1K 82