*GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DAERAH LIPIS*
Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) ingin memaklumkan bahawa pihak PAIP sedang melaksanakan kerja - kerja pembaikan paip pecah bersaiz 150mm AC di Kampung Belimbing, Benta.
Sehubungan dengan itu, beberapa kawasan seperti berikut akan mengalami gangguan bekalan air :
*Tarikh dan Masa Gangguan :*
29 September 2026 (Selasa) Jam 10.00 pagi sehingga Jam 4.00 petang.
*Kawasan-Kawasan Terlibat :*
Seluruh Kawasan Kg Lechir, Kg Belimbing, Kg Terap, Kg Jerangsang, Kg Atong, Kg Sempadan, sepanjang jalan selepas simpang Rimbunan Kaseh ke Kg Sempadan dan kawasan sekitarnya.
*Jumlah Akaun Terlibat :* 503
Pengguna yang ada sebarang pertanyaan dan aduan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan, ditalian 09-5739999
*Dikeluarkan oleh :*
Pengurus Daerah PAIP Lipis
September 29, 2026 1.2K