Mei Masak 🍲🥗🧆: postingan #455 — TG.ME

PERUT MASAK MASAK LEMAK PEDAS

Menu aidiladha yang lepas sempat buat perut masak lemak di rumah mentua. 😆Biasa makan, tapi tak pernah buat sendiri. Rupanya senang jeee.

• Perut lembu/kampung
• 2 helai daun kunyit
• 150ml santan pekat
• 2 asam keping
• 1 biji bawang merah**
• Cili api** ikut level pedas sendiri
• 1 inci halia**

Kisar halus bahan bertanda**

1. Cuci bersih organ perut yang nak dimasak, boleh guna kapur masakan, asam limau supaya kurang bau. Kemudian rebus. Selepas rebus, gunting kecil.

2. Satukan semua bahan dalam periuk. Ye, campak je semua. 😆 Tambah air sikit dalam setengah cawan.

3. Kacau2 hingga masak pekat sikit dan tambah garam. Siappp. Lagi sedap kalau ada terung bulat asam. 🤤
❤8👍2🔥2
June 4, 2026 1.5K 5