[ISRAK MIKRAJ 27 REJAB 1446] Salam Israk Mikraj 27 Rejab kepada semua umat Islam di mana sahaja anda berada. Pada hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita sama-sama menghayati peristiwa agung perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, seterusnya ke Sidratul Muntaha. Dalam kesempatan ini, marilah kita berselawat ke atas nabi Muhammad SAW dan pada masa yang sama mendoakan kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia. Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita dan menjadikan kita hamba-Nya yang berjaya di dunia dan akhirat. Moga hari ini menjadi titik perubahan untuk kita menjadi insan yang lebih baik, insya-Allah.
4January 27, 2025 1.7K