Bapa Palestin Terpaksa Makan Tengah Hari Bersama Anak Di Sebalik Sekatan Tentera Israel
Seorang bapa Palestin, Hanzalah Issa, terpaksa bertemu anak-anaknya di seberang Pusat Pemeriksaan Tentera Beit Iksa, barat laut Baitulmaqdis yang diduduki.
Issa dilaporkan tidak dibenarkan menyeberangi pusat pemeriksaan untuk masuk ke kawasan tempat keluarganya tinggal atas alasan “ditolak atas faktor keselamatan” serta tidak mempunyai permit.
Tidak dapat menemui keluarganya seperti biasa, Issa akhirnya duduk bersama anak-anaknya di kawasan berhampiran pusat pemeriksaan untuk menikmati makanan tengah hari yang dibawanya.
Situasi itu menjadi gambaran menyayat hati tentang kesukaran yang dihadapi keluarga Palestin akibat sekatan pergerakan dan kawalan ketat di kawasan berkenaan.
oleh LIPUTAN7
🇵🇸 PALESTIN
28 Ogos 2026
#LIPUTAN7 #Palestin #Baitulmaqdis #Gaza #Israel #BeritaDunia #Palestine
31
3
1August 28, 2026