Bayi Perempuan Maut Selepas Diserang Dan Dimakan Seekor Anjing
LA VEGA — Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan dilaporkan maut selepas diserang seekor anjing di La Vega, Venezuela.
Menurut laporan penduduk setempat, tangisan bayi didengari pada waktu subuh sebelum beberapa penduduk pergi ke lokasi untuk memeriksa keadaan.
Mereka kemudian mendapati bayi berkenaan berada di dalam sebuah bakul, manakala seekor anjing dipercayai telah menyerang dan memakan sebahagian tubuhnya.
Penduduk mendakwa bayi tersebut ditinggalkan di dalam bakul yang turut mengandungi kulit ayam. Bau makanan itu dipercayai menarik perhatian anjing berkenaan sebelum haiwan tersebut menyerang bayi terbabit.
Kejadian tragis itu mengundang kesedihan dalam kalangan penduduk setempat, manakala keadaan sebenar kejadian serta tindakan terhadap ibu bayi berkenaan masih belum diperincikan.
Foto mangsa di telegram buletintiga :
https://t.me/buletintiga/9644
🇻🇪 VENEZUELA
28 Ogos 2026
#Venezuela #LaVega #Bayi #BeritaSemasa

16
1
1August 27, 2026