Kelab Celik Wang Fun(d) for Life: postingan #1494 — TG.ME

Kali ni, kami nak kongsikan juga, program kewangan oleh guru-guru FFL yang gempak 🤩

Bukan sekadar mengajar tapi cikgu-cikgu FFL juga dah buktikan betapa dedikasinya mereka nak pastikan setiap murid, tak kira latar belakang, dapat akses kepada ilmu kewangan melalui Geran Guru Celik Wang!
Dengan geran RM500, macam-macam projek 'out of the box' yang cikgu-cikgu FFL dah laksanakan 👏

Terima kasih cikgu! Kerana usaha gigih anda semua, murid-murid dari Sabah hingga ke Perlis kini lebih bersedia untuk masa depan kewangan mereka. Anda lah superheroes FFL yang kami perlukan untuk sama-sama membina generasi celik kewangan 🤗

📌Bagi yang tak tahu lagi, program Fun(d) For Life ini merupakan program pendidikan kewangan yang
dibawakan oleh FWD Takaful (@fwdtakaful) & dilaksanakan oleh Arus Academy (@arusacademy)! Program kami juga mendapat sokongan Jaringan Pendidikan Negara (@myfenetwork) demi membina generasi celik wang!

#FFL #generasicelikwang #globalmoneyweek2026 #gmw2026
❤2
March 19, 2026 1.7K 2