Kelab Celik Wang Fun(d) for Life: postingan #1490 — TG.ME

Wohooo, dah habis dah Bengkel Kewangan Siri Smart Money Generation sempena Minggu Kewangan Global 2026! 💰

Coaches FFL pun happy sangat dapat peluang jumpa ramai peserta dari seluruh Malaysia yang sangat SMART sepanjang bengkel berlangsung. Kita dah sama-sama belajar tentang topik kewangan yang berbeza macam simpan, belanja, lindung dan labur. Best tak bila dah jadi lebih celik wang? 😉

Tak dilupakan juga, kepada murid dan guru SJKC Kheung Wa & SJKC Choong Ha 1 yang dapat belajar tentang kewangan melalui simulasi FFL. Coach dengar hari tu, ada yang berjaya simpan sampai RM300 👏

Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan murid yang dah sertai Bengkel Kewangan Smart Money Generation tahun ini. Anda semua dah belajar banyak benda kan, sekarang masanya untuk amalkan supaya anda jadi generasi yang lebih celik kewangan 💸

#FFL #generasicelikwang #globalmoneyweek2026 #gmw2026
March 18, 2026 1.5K 2