🚫 Bukan soal cantik atau tidak.
Persoalannya, adakah ia selari dengan syarak?
Pertandingan ratu cantik bukan sekadar pertandingan penampilan. Bagi umat Islam, penyertaan dalam pertandingan seumpama ini perlu dilihat dari sudut hukum, pemeliharaan aurat, maruah dan batas syarak.
Pertandingan yang melibatkan peragaan tubuh badan serta penampilan yang tidak menutup aurat dengan sempurna adalah perkara yang perlu dijauhi oleh umat Islam.
Selain itu, unsur penyerupaan antara lelaki dan perempuan juga bercanggah dengan ketetapan syarak dan tidak wajar dinormalisasikan.
Justeru, umat Islam dilarang menyertai, menganjurkan, menyumbang atau memberikan sokongan kepada pertandingan ratu cantik yang bercanggah dengan ketetapan syarak.
🌿 Peliharalah aurat.
🌿 Jagalah maruah.
🌿 Hargai kehormatan diri.
Kerana kecantikan yang sebenar bukan hanya pada rupa dan penampilan, tetapi pada ketaatan kepada Allah dan kepatuhan terhadap syariat-Nya.
#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#MADANIMembantu


















