الحمد الله
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
===================
TIDAK BOLEH IRI HATI KECUALI....!!!*
Dari Abu Hurairah ra, Rasulallah ﷺ bersabda:
لا تَحاسُدَ إلَّا في اثنَتَينِ :
Tidak Boleh ada rasa iri hati kecuali dalam 2 hal.
رَجُلٌ آتاه اللهُ القُرآنَ، فهو يَتلوه آناءَ اللَّيلِ والنَّهارِ،
Seseorang yang dikurniakan al-Quran oleh Allah, lalu dia membacanya sepanjang waktu malam dan siang.
يقولُ: لو أوتيتُ مِثلَ ما أوتيَ هذا لَفَعَلتُ كما يَفعَلُ،
Dia berkata: "Jika saya diberikan apa yang diberikan kepada orang ini, saya pasti akan melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukannya."
ورَجُلٌ آتاه اللهُ مالًا يُنفِقُه في حَقِّه
Dan seorang lelaki yang dikurniakan harta oleh Allah, lalu dia membelanjakannya pada jalan yang sepatutnya.
فيَقولُ: لو أوتيتُ مِثلَ ما أوتيَ لَفَعَلتُ كما يَفعَلُ
Dia berkata: "Jika saya diberikan apa yang diberikan kepadanya, saya pasti akan melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukannya."
SHAHIH BUKHARI 4:1932, ms 162.
Dari Abu Ubaid, Rasulallah ﷺ bersabda;
لا يَتَمَنَّى أحدُكم الموتَ ، إمَّا مُحْسِنًا ، فلَعَلَّه يَزدادُ ،
Janganlah seorang di antara kamu mengharapkan kematian; kerana jika dia melakukan kebaikan, mungkin dia akan bertambah dalam kebaikan,
وإمَّا مُسِيئًا فلَعَلَّه يَسْتَعْتِبُ
Dan jika dia seorang pesalah, mungkin dia akan cuba menebus kesalahannya (taubat).
SHAHIH BUKHARI 4: 1935, ms 163
Dari Abu Qilabah ra, bahawa Malik Menceritakan kepada Kami, katanya,
أتَيْنا النَّبيَّ ﷺ ونحن شَبَبةٌ مُتقارِبونَ، فأقَمْنا عندَه عِشرينَ لَيلةً،
Kami mendatangi Nabi ﷺ kami merupakan sekumpulan pemuda yang sebaya، lalu kami tinggal bersama baginda selama 20 malam
وكان رسولُ اللهِ ﷺ رَحيمًا رَقيقًا فظَنَّ أنَّا قدِ اشتَقْنا إلى أهلِنا،
Rasulullah ﷺ seorang yang penyayang dan berhati lembut; baginda menyangka bahawa kami sedang merindui keluarga kami.
فسَألَنا عمَّن تَرَكْنا في أهلِنا، فأخبَرْناه،
Dia bertanya kepada kami tentang siapa yang kami tinggalkan dalam kalangan keluarga kami, lalu kami memberitahunya.
فقال: ارجِعوا إلى أهليكم، فأَقيموا فيهم ،
Baginda bersabda: "Kembalilah kepada keluarga kamu dan tinggallah bersama mereka,"
وعَلِّموهم، وبَرُّوهم، وصَلُّوا كما رَأيْتُموني أُصلِّي،
Dan ajarlah mereka, layanilah mereka dengan baik, serta solatlah sebagaimana kamu telah melihat aku solat.
وإذا حَضَرَتِ الصَّلاةُ فليُؤذِّنْ لكم أحدُكم، ثم ليَؤُمَّكم أكبَرُكم
Apabila tiba waktu solat, hendaklah salah seorang daripada kamu melaungkan azan, kemudian hendaklah yang paling tua antara kamu mengimamkan solat.
SHAHIH BUKHARI 4: 1939, ms164
SEMUGA INFO BERMANFAAT
والله أعلم Aminn
ﷺ.ﷻ
#perkongsianilmu
#IslamForU
September 3, 2026 4