SEMENANJUNG: Hebahan Panggilan Temu Duga Bagi Urusan Pengambilan Khas…

🚨SEMENANJUNG: Hebahan Panggilan Temu Duga Bagi Urusan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Opsyen Bahasa Melayu & DG9 Contract Of Service Opsyen Bahasa Inggeris

SPP akan melaksanakan urusan temu duga di Semenanjung bagi:

👉 Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 Opsyen Bahasa Melayu (Graduan Pendidikan Dan Bukan Pendidikan)
👉 Pengambilan PPP Gred DG9 Contract Of Service (COS) Opsyen Bahasa Inggeris (Graduan Bukan Pendidikan).


Urusan Pengambilan di Semenanjung ini akan dilaksanakan bermula 28 OKT 2025 melibatkan calon yang telah memohon / mengemas kini permohonan sepanjang tempoh iklan pengambilan seperti berikut:
▪️Pengambilan Khas PPP Bahasa Melayu: 12 Ogos 2025 - 26 Ogos 2025
▪️Pengambilan PPP COS : 8 Ogos 2025 - 22 Ogos 2025

Urusan temu duga bagi kedua-dua urusan pengambilan ini akan dilaksanakan sepenuhnya di Putrajaya.

Calon boleh membuat semakan panggilan temu duga di pautan klik sini
23 Oktober 2025 1,6 rb