SEMENANJUNG: HEBAHAN PANGGILAN TEMU DUGA GRADUAN PENDIDIKAN KE JAWATAN PPP GRED DG9 BAGI PENGAMBILAN TAHUN 2025 (SIRI KE-10)
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan meneruskan pelaksanaan urusan temu duga pengambilan PPP Gred DG9 tahun 2025 di Semenanjung secara berperingkat bermula 29 Julai 2025 melibatkan Graduan Pendidikan yang telah memohon/ mengemas kini permohonan sepanjang tempoh iklan pada 24 Januari hingga 7 Februari 2025.
Urusan Temu Duga Siri Sepuluh (X) di Semenanjung akan dilaksanakan di Johor, Melaka, Terengganu dan Pahang. Manakala, temu duga opsyen-opsyen dan pilihan pusat temu duga lain, jadual temu duga akan dihebahkan secara berperingkat dari semasa ke semasa.
Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan panggilan Temu Duga Siri Ke-10 (X) di pautan
https://www.spp.gov.my/pengumuman/2025/pengumuman-semenanjung/semenanjung-hebahan-panggilan-temu-duga-graduan-pendidikan-ke-jawatan-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-gred-dg9-bagi-pengambilan-tahun-2025-siri-sepuluh

27 Agustus 2025 1,3 rb