Semua orang suka cerita pasal kejayaan. Semua orang suka nak jadi orang yang berjaya. Tapi, tak semua sanggup nak hadap jalan dan proses berjaya. Tak ramai yang tanya, apa kegagalan yang telah kita lalui, sebelum berjaya waktu belajar dulu? Waktu nak hadap periksa dan ujian dulu? Tak ramai yang nak berkongsi cerita sedih, pahit. Hinggalah ada suatu hari, salah seorang tim kami, dapat satu soalan, "Akak pernah gagal? Saya ni, mak ayah pun dah give up dengan saya. Asyik gagal je." Lama dia pandang wajah adik tu. Berkaca matanya tiba-tiba. "Ya, akak mungkin dapat 6A dalam PMR dulu. Akak mungkin adik nampak sekarang ni dah habis belajar dekat universiti, dah berjaya konvo dan lain-lain lagi. Tapi, hampir semua orang pernah gagal dik. Termasuklah akak sendiri, yang berdiri depan adik ni." Buku ni kami tulis dengan niat nak bantu ibu ayah dan cikgu untuk beri harapan dan peluang kedua pada anak-anak dan pelajar kita. Buku ni kami tulis dengan niat nak berkongsi secara praktikal dengan anak-anak pelajar, berkenaan dengan Teknik Belajar Berkesan, selain cerita belakang tabir jatuh bangun kami dalam belajar dulu. Jangan putus asa dengan diri sendiri. Jangan sabotaj diri sendiri. Dan paling penting, jangan putus asa dengan Tuhan kita sendiri. Doakan, semoga karya baru ini dapat bantu diri sendiri yang masih hadap jatuh bangun dan dapat bantu orang lain juga. #hamaregroup #bukumotivasi #gagal #smartstudy #teknikbelajar
Hamare Group: postingan #2216
Diteruskan dariMotivasi Guru Semalaysia
3 Februari 2026 315

