11 Mac 25 9.00mlm Kg Bangla, Penang. MESYUARAT DALAMAN FAIZ… — FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN — TG.ME

11 Mac 25 9.00mlm Kg Bangla, Penang. MESYUARAT DALAMAN FAIZ CONSULTANCY : PASUKAN OPERASI. Malam ini saya mahu merungkaikan beberapa perkara yang menjadi kesukaran untuk buat kerja renovasi sesebuah rumah. PENGURUSAN LOGISTIK. 1. Apabila kita buat kerja renovasi rumah, kita kena uruskan pergerakan tenaga buruh untuk sampai ke tapak pembinaan, setiap hari, sehingga kerja selesai. 2. Berbeza dengan pembinaan rumah sesebuah, dimana tenaga buruh tinggal di tapak pembinaan dari awal mula, sehingga siap sebuah rumah. RENOVASI: Pekerja kena hantar pergi & pulang. BINA RUMAH: Pekerja tinggal di tapak. Masalah: Apabila kita sampai lewat waktu di lokasi pembinaan: - akibat jarak yang jauh. - traffic jam. - budak kerja mangkit lambat. - makan roti canai dulu. Persepsi Tn Rumah adalah? - kerja tak ikut masa. - hangpa ni buat kerja slow. PENGURUSAN PERSEPSI. 3. Tn Rumah akan panas hati tengok kita sampai kerja lewat di tapak pembinaan. Di pihak kontraktor pula, kita quote harga pembinaan atas hasil kerja akhir rumah itu akan jadi macam mana. Harga tu buat sampai jadi pembinaan mengikut kehendak Tn Rumah. Jika kita lewat siapkan projek pun, tetap kos kepada Tn Rumah tidak berubah. Sedangkan lebih panjang tempoh masa pembinaan, lebih banyak kos upahan gaji harian tenaga buruh perlu dikeluarkan oleh pihak kontraktor. 4. Mengapa Tn Rumah akan panas hati tengok kita sampai lewat di tapak pembinaan 2 jam ke 3 jam? Sebab Tn Rumah nak rumah dia cepat disiapkan kerana dia perlu tanggung kos. - kos sewa rumah luar. - kos menumpang rumah ibu ayah/adik beradik. - kos orang sekeliling dok berbunyi. Jadi? Kena meeting sampai lebam mencari kaedah penyelesaian. Dapat sahaja dirungkai masalah pengurusan logistik ini, Faiz Consultancy akan masuk ke pasaran RENOVASI RUMAH SECARA LPPSA pula. NOTA: Tn Rumah mahu merealisasikan kehendaknya; iaitu memiliki rumah idaman/renovasi yang dia idamkan. Tn Rumah tak mahu tahu masalah kontraktor. Tn Rumah membayar atas perkhidmatan kontraktor. Apa yang dicanangkan dalam pemasaran kontraktor, itulah yang Tn Rumah pegang. Kontraktor lah yang kena sendiri fikir segala mak nenek pengurusan pembinaan sampai siap. * Pertanyaan? Link wasap.my/601120697745 Katalogue rumah contoh: https://t.me/Rumahcontohfc Cover area: Perak, Penang. Kedah. Perlis.

May 15, 2025 509