22 Okt 24 6.00ptg Bukit Gantang, Perak. Tn Fakrudin/Pn Azliza update… — FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN — TG.ME

22 Okt 24 6.00ptg Bukit Gantang, Perak. Tn Fakrudin/Pn Azliza update dalam grup wasap pembinaan rumah bahawasanya Abang Tn Fakrudin datang ke tapak pembinaan dan buat semakan kerja-kerja pendawaian elektrik. Hasil semakan, terdapat beberapa kesalahan pendawaian elektrik yang ditemui. Apabila client komplen pembinaan rumah ada cacat cela, apa perlu kita (kontraktor) buat? 1- Bertanggungjawab 100%. Ambil tanggungjawab penuh. Anak buah buat kerja salah atau betul, tetap kita kata kita salah dulu. Tn Rumah nak produk yang terbaik untuk rumahnya. Mengapa client complaint? Sebab nak digantikan dengan produk yang lebih baik. Faiz: Tn Fakrudin check semua sistem pendawaian elektrik itu. Nanti duit tuntutan pembinaan masuk, saya akan datang dan buat semula keseluruhan pendawaian elektrik tersebut ikut cara yang dinyatakan tersebut ya. 2- Method of Construction. Dalam pembinaan rumah, ada 1001 cara bagaimana sesebuah struktur binaan dibangunkan. Begitu juga dengan sistem pendawaian elektrik. Ada pelbagai kaedah nak membina wayar-wayar elektrik dalam sesebuah rumah. Apa yang salah, kita akur dan buat semula sehingga jadi betul. Jika ada method yang lebih baik, kita follow. Gossip; Ada satu syarikat Elektrikal ABC di Tiktok yang lantang bersuara kata kerja orang itu tak betul, kerja orang ini tak betul. Pada akhirnya, ada syarikat elektrik DEF yang menerima aduan dari pelanggan-pelanggan terdahulu syarikat Elektrik ABC yang mengalami masalah. Setelahnya syarikat elektrikal ABC terbenam terus. 3- SOP Kerja. Gerak kerja Faiz Consultancy adalah mengambil tanggungjawab penuh 100% pembinaan rumah dari awal dokumentasi sehingga siap sesebuah rumah. Client komplen? Kita akan buat semula mengikut kehendak client. Yang menjadi masalah adalah, client komplen kontraktor buat pekak ja. Itu yang client marah. Sentiasa belajar. Saya sentiasa belajar. Apabila ada orang tegur, check kerja-kerja kita, saya sentiasa ada peluang untuk belajar dan tambah baik ilmu pengetahuan. Ada orang jenis kena tegur, dia nak bergocoh (angin/bergaduh). Saya kena tegur? Saya sentiasa nak belajar dan buat semula sampai jadi mengikut apa client mahukan. Remark: Kita akan buat semula sistem pendawaian elektrikal mengikut kehendak Tn Rumah. * Pertanyaan? Link wasap.my/601120697745 Katalogue rumah contoh: https://t.me/Rumahcontohfc Cover area: Perak, Penang. Kedah. Perlis.

November 6, 2024 234