Cara penggunaan Sensitive Skin Therapy mengikut keadaan kulit dari Coach Mizhana Padzi
STEP 1
Time mandi rungutan anak pedih dah jadi lumrah biasa
Jadi janganlah guna sabun biasa sebab kadar SLS nya yang tinggi pun boleh sebabkan iritasi pedih lagi menjadi-jadi
Kalau mandi dengan sabun lembut untuk kulit iritasi macam HONEY MILKY BATH ni mesti anak tak menjerit sebab pH semulajadi nya selamat untuk kulit jenis sensitif
Air (klorin) juga boleh merengsa kulit ekzema dan boleh buat kulit kering
- boleh tambah 1-2sudu makan Soda bikarbonat kedalam 1baldi air untuk balance kan pH air.
Mandi sekejap sahaja.
Lagi lama mandi dan main air, kulit akan makin cepat kering
STEP 2
Lepas mandi lembapkan kulit dengan moisturizer bebas benda benda wangi, iritasi, pengawet yang tajam kat kulit sensitif
Jadi boleh guna RESCUE CREAM by HONEY OLIVE BABY sebab ia bertepatan dengan ciri ciri pelembap yang mommies dok cari
.
.
KULIT KERING
Kulit kering bermaksud kulit hilang minyak kelembapan semulajadi. Restore salve boleh membantu lembabkan kulit lebih lama kerana kaya dengan Sunflower oil.
📌Sapu Restore Salve 15min 1x Siang Malam
KULIT BERAIR/BERDARAH
Proses garu berulang kali pada kulit yang lemah immunity nya memang boleh bawak ke fasa berair
Fasa berair pulak bila tak dijaga boleh dijangkiti kuman lalu bernanah
Ekzema berair bermaksud dijangkiti kuman. Relief clay bersifat antiseptik dan kaya dengan Green Clay& French Clay semulajadi untuk menghentikan kulit yang berair/berdarah
RELIEF CLAY ni mantop sangat bab bab matikan kuman degil seperti kuman staph A yang suka hinggap kat kulit budak jenis alergik
📌Sapu Relief Clay 15min 1x Siang Malam
KULIT GATAL
Gatal memang takkan berpisah dengan ekzema.
Boleh sapu Rescue cream dan layer dengan Anti Itch Gel untuk bantu kurangkan gatal-gatal.
Gabungan oat dan aloevera dalam Anti Itch dan Rescue Cream mampu melegakan gatal-gatal.
Tapi harus ingat, gatal-gatal ni dari dalam. Sapuan hanya bantu luaran sahaja. WAJIB support dengan pemakanan dan emosi.
CANDIDA/RINGWORM
Candida dan Ringworm ni memang gatal.
Ringworm perlu bahan anti-kuman seperti Relief Clay dan dalam masa yang sama perlu dilembabkan dengan Extract Oat sebagai Anti Radang di dalam Rescue Cream.
Nak taknak memang kena support dengan pemakanan.
STOP dulu makanan yang boleh buat kulat makin banyak.
- Gluten (roti, biskut, kek, kuih, muih, mee kuning, pasta dan semua asas tepung gandum)
- Yis
- Gula Putih termasuk Gula organic pun kena elak dulu
📌Sapu Relief Clay selang seli dengan Rescue Cream 15min 1x Siang Malam
December 23, 2022 250 2