“Tak perlu berubah semuanya sekaligus”
Ada satu perkara yang saya rasa penting untuk kita ingat sebagai ibu bapa.
Kita tidak perlu berubah semuanya dalam satu hari.
Kita mungkin sudah lama menggunakan cara tertentu apabila berdepan dengan anak.
Bila anak buat salah, kita terus marah.
Bila anak tidak dengar, kita terus meninggikan suara.
Bila keadaan jadi tegang, kita bertindak seperti biasa.
Bukan kerana kita tidak mahu berubah.
Tetapi kerana itulah cara yang sudah lama kita lakukan.
Dan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan...
tidak semestinya berubah hanya kerana kita sudah tahu ia kurang sesuai.
Sebab itu, perubahan kecil pun sebenarnya bermakna.
Hari ini, mungkin kita berjaya berhenti sekejap sebelum meninggikan suara.
Esok, mungkin kita lebih jelas tentang apa yang mahu kita sampaikan kepada anak.
Lusa, mungkin kita tersedar lebih awal apabila emosi sendiri mula naik.
Tidak sempurna.
Tetapi sudah ada perubahan.
Dalam mendidik anak, kita juga sedang belajar.
Kita sedang belajar mengenal diri sendiri.
Belajar mengenal anak.
Dan belajar memilih cara yang lebih sesuai apabila berdepan dengan keadaan yang berbeza.
Jadi kalau ada perkara dalam cara kita mendidik anak yang kita mahu ubah...
tak perlu tunggu sehingga kita menjadi ibu atau ayah yang “sempurna”.
Mulakan dengan satu perkara.
Cuba.
Perhatikan.
Baiki.
Kemudian cuba lagi.
Kerana perubahan dalam keluarga juga boleh berlaku sedikit demi sedikit.
Mungkin bukan perubahan besar yang kita nampak pada hari pertama.
Tetapi perubahan kecil yang dilakukan berulang kali...
itulah yang akhirnya membentuk cara kita mendidik anak.
Semoga perkongsian petang ini mengingatkan kita bahawa proses menjadi ibu bapa yang lebih baik juga merupakan satu proses pembelajaran.
Dr. Maznah Ibrahim
p/s: Jika anda rasa sudah tiba masanya untuk melihat semula cara kita memahami dan membimbing tingkah laku anak, saya menjemput anda bersama saya dalam Webinar Tegas Dalam Hikmah:
👉 https://webinar.maznahibrahim.com/tegas
.
.
.
August 23, 2026 689