Makcik ini berumur pertengahan enam puluhan. Dibawa oleh anaknya ke Jabatan Kecemasan kerana demam berlanjutan selama tiga hari berserta batuk yang kuat. Rawatan untuk jangkitan paru-paru sudah dimulakan. Bantuan oksigen dialirkan melalui nasal prong. Tetapi paras oksigennya masih rendah. 92% sahaja. Houseman memaklumkan kepada saya. Maka kami bersama mendekati makcik tersebut. "Bila kita lihat pesakit sukar bernafas, ada empat persoalan yang perlu kita jawab," kata saya sambil melihat wajah makcik tersebut, sesekali mata melirik pada paparan monitor. Pertama, adakah pesakit benar-benar kekurangan oksigen yang kita gelar hipoksemia. Atau hanya tampak nafasnya laju? Memberi bantuan oksigen ialah rawatan untuk hipoksemia. Tetapi kelihatan sesak nafas bukan semestinya hipoksemia. Pesakit dengan metabolic acidosis, atau keresahan boleh kelihatan nafasnya laju, tetapi masalah utama mereka bukan semestinya kekurangan oksigen. Kedua, apakah sasaran saturation pesakit? Bagi kebanyakan pesakit, sasaran lazim ialah sekitar 94 - 98%. Bagi pesakit yang berisiko mengalami hypercapnic respiratory failure seperti COPD, obesity hypoventilation, neuromuscular weakness atau chest-wall disease, sasaran awal biasanya 88 - 92% sementara menunggu blood gas dan penilaian lanjut. Oksigen mesti dititrasikan kepada sasaran, bukan diberikan secara membuta tuli sehingga SpO₂ 100%. Ketiga, adakah masalahnya hanya oxygenation, atau pesakit juga gagal untuk ventilate dengan baik? Saya terangkan lanjut, “Oxygenation bermaksud membawa oksigen ke dalam darah. Ventilation pula bermaksud proses menhela dan menghembus udara dengan mencukupi, terutamanya untuk membuang karbon dioksida.” Pesakit boleh mempunyai SpO₂ yang cantik tetapi PaCO₂ terus meningkat. Dalam keadaan itu, masalahnya bukan sekadar kekurangan oksigen. Tetapi, pesakit juga tidak mampu menghembus keluar udara dengan berkesan. Keempat, berapa tinggi peak inspiratory flow pesakit? Saya melihat houseman itu masih berkerut. “Bayangkan pesakit sedang menyedut minuman menggunakan straw. Semakin kuat dia menyedut, semakin banyak aliran yang dia perlukan dalam masa yang singkat. Begitulah peak inspiratory flow; kelajuan maksimum udara yang mahu disedut oleh pesakit semasa inspirasi.” Pesakit yang tenang mungkin mempunyai keperluan aliran yang tidak terlalu tinggi. Tetapi pesakit yang sedang tachypnoeic dan distressed, mereka memerlukan aliran udara yang jauh lebih tinggi daripada biasa. “Kalau pesakit menyedut udara lebih cepat daripada alat mampu membekalkannya, baki udara itu datang dari mana?” “Room air,” jawabnya. “Betul. Dan room air hanya mengandungi kira-kira 21% oksigen. Jadi oksigen daripada alat itu akan bercampur dengan udara bilik. Itulah sebabnya FiO₂ sebenar daripada banyak alat low-flow tidak pernah tetap.” Saya menunjuk kepada nasal prong yang sedang dipakai pesakit. “Nasal prong sesuai apabila keperluan oksigen masih rendah, pesakit juga masih lagi stabil, dan beban kerja pernafasannya tidak membimbangkan. Nasal prong lazimnya digunakan sekitar 1 - 6 L/min. Ia lebih selesa, pesakit masih boleh bercakap, makan, minum dan mengeluarkan kahak. Namun, nasal prong sifatnya variable. FiO₂ yang diterima pesakit hanyalah anggaran kerana ia dipengaruhi oleh kadar pernafasan, tidal volume, corak inspirasi, sama ada pesakit bernafas melalui hidung atau mulut, serta sejauh mana oksigen bercampur dengan udara bilik. “Jadi bila nasal prong sahaja sudah memadai?” “Bila saturation SpO² mencapai sasaran, dan aktiviti pernafasan pesakit nampak lebih selesa." Saya kemudian menunjuk semula kepada pesakit kami. “Pesakit ini SpO₂nya 93% pada aliran 3 L/min, RR 26 dan bila bernafas masih tampak menggunakan accessory muscles. Jadi masalahnya bukan sekadar nombor pada flowmeter. Nasal prong tidak lagi memenuhi permintaan inspirasi dan keperluan oksigennya.” Houseman itu mengambil simple face mask. “Kalau tukar kepada face mask?” “Boleh, tetapi kita perlu faham apa yang ia boleh dan tidak boleh lakukan.” bacaan lanjut di: https://www.facebook.com/share/p/1BvVjveCrT/
Makcik ini berumur pertengahan enam puluhan. Dibawa oleh anaknya ke… — Diari Resus — TG.ME
July 22, 2026 989