JACKSON HOLE DAH LEPAS… TAPI CERITA BITCOIN BARU NAK BERMULA… — 🛜 MyCryptoversity.net 🇵🇸 — TG.ME

JACKSON HOLE DAH LEPAS… TAPI CERITA BITCOIN BARU NAK BERMULA... Semalam kita tengok satu benda yang agak menarik. Jackson Hole dah pun berlalu. Kevin Warsh datang dengan nada "hawkish"..PCE plak keluar panas, 3.7%...Odds untuk September rate hike terus naik daripada 35% kepada 57%. Kalau ikut logik mudah… sepatutnya Bitcoin kena hentam lebih kuat. Tapi apa yang berlaku? BTC memang kena reject dekat $80K, tapi jatuhnya lebih kurang 3% jer...Lepas tu… masih duk atas $77K... Kat sinilah saya mula berhenti kejap, sebab market bukan hanya bercakap melalui apa yang dia buat. Kadang-kadang market ni bercakap melalui "apa yang dia gagal buat". Berita hawkish dah keluar...Sentimen takut dah ada...Tapi Bitcoin masih tak pecah struktur, malah kalau tengok dari low $64K pada 19 Ogos… BTC dah buat Higher High, Higher Low berkali-kali dan sempat pergi test $80K. ETF Bitcoin plak sepanjang Ogos mencatat inflow lebih $3B, jadi sekarang kita ada satu situasi yang menarik... "Macro tengah tekan dari atas". Tapi liquidity dan buyer masih tahan dari bawah, sebab tu saya tak berani nak kata, “BTC confirm bullish.” dan saya pun tak berani nak kata “BTC confirm nak dump.” Sebab.. Sekarang dia tengah berperang kat $75K–$80K, kalau $80K berjaya pecah dengan conviction… cerita /trend ni boleh berubah dengan cepat. Tapi kalau support bawah mula koyak, terutama $70K… kita kena buka semula buku cerita yang lain dan jangan lupa… FOMC September masih menunggu kita. Jackson Hole baru ni mungkin baru bagi kita teaser, cerita sebenar mungkin datang bila Fed buat keputusan nanti. Sebab itu dalam Bitcoin Outlook 29 Ogos – 4 September kali ni saya cuba tengok lebih jauh daripada sekadar “BTC naik ke tak?” ..Saya tengok apa yang Jackson Hole dah ubah. - Apa yang ETF dan on-chain sedang tunjuk. - Kat mana buyer masih bertahan. - Kat mana seller sedang menunggu. Dan yang paling penting…kalau Bitcoin breakout, kita nak buat apa? Kalau breakdown plak… kita nak buat apa? Sebab dalam market ni, kita bukan "dibayar" (profit) sebab pandai teka, kita "dibayar" sebab pandai prepare. Outlook penuh dah saya siapkan, kalau korang tengah pegang BTC, tengah tunggu entry atau tengah confuse dengan perangai Bitcoin sekarang… korang wajib baca sampai habis outlook ni. Kadang-kadang market nampak macam nak jatuh… tapi sebenarnya dia cuma sedang kumpul tenaga untuk buat keputusan yang lebih besar., jom baca sini : https://t.me/MyCryptoversityResearch/74 . Saya bukan sifu dan ni bukan nasihat kewangan / pelaburan. Sekadar pendapat peribadi. Buat kajian sendiri sebelum masuk market. Regards, - Cikgu Mayee | MyCryptoversity . #Bitcoin #BTC #MyCryptoversity #NotFinancialAdvise #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto

TelegramMyCryptoversity Research & StrategyBitcoin Weekly Market Outlook 29/8 - 4/9,2026 . Directional Lean Minggu Ni.. BTC akan konsolidasi dalam range $74K-$80K sehingga payrolls 5 September dan FOMC 15-16 September memb…
👍13❤3
August 29, 2026 635