BTC Rally: Adakah Ini Permulaan Bull Run… Atau Perangkap FOMO? BTC… — 🛜 MyCryptoversity.net 🇵🇸 — TG.ME

BTC Rally: Adakah Ini Permulaan Bull Run… Atau Perangkap FOMO? BTC NAIK… TAPI ADA SATU BENDA YANG SAYA TAKUT RAMAI ORANG TAK NAMPAK . Kadang-kadang market ni macam laut. Bila air tenang, semua orang berani turun. Bila ombak besar datang, baru masing-masing cari jaket keselamatan. Sekarang BTC baru buat rally yang cantik. Sentiment berubah daripada takut kepada tamak. Fear & Greed melonjak dari 36 → 72 dalam masa seminggu. Retail mula datang balik, grup medsos dah mula rancak Timeline mula hijau dan bila semua orang dah mula rasa: “Bull market dah confirm.” Pakcik kebun sebelah ajak saya mula tengok benda lain…iaitu “Siapa yang sebenarnya yang membeli?” Dalam laporan yang saya kaji, ETF Bitcoin mencatat sekitar $2.2 bilion inflow dalam seminggu, ini antara signal paling kuat bahawa institutional demand mula kembali dan pada masa sama, sekitar $2.7 bilion posisi short dah kena wipeout. Pakcik cakap ini Penting! Sebab rally yang sihat bukan sekadar harga naik. Kita nak kena tau: Duit siapa yang masuk tu? Sebab tu jangan terus FOMO. Sebab market ni dia bagi kita 2 cerita serentak. Satu cerita bullish: - ETF flow kuat. - On-chain masih berada dalam zon yang dianggap sihat. - Shorts dah kena squeeze. - Macro mula ada tailwind. Tapi satu lagi cerita… - RSI 1D dah kat sekitar 78. - Fear & Greed dah naik terlalu cepat. - 10Y yield masih sekitar 4.62%. Dan kita tengah menghampiri Jackson Hole (korang tau ke apa tu Jackson Hole ni?). Maksudny.. BTC boleh terus naik. Tapi BTC jgak boleh buat benda yang trader paling benci, iaitu.. Naik dulu bagi semua orang FOMO, kemudian tarik balik 5–20%. Dan kat sinilah saya rasa ramai trader tersilap. Mereka sibuk nak jawap: “BTC bullish atau bearish?” Saya tak berminat sangat dengan soalan tu. Saya lebih suka tanya: “Apa yang tengah berubah dalam liquidity dan positioning sekarang ni?” Sebab market tak bergerak hanya sebab candle. Market bergerak sebab duit berpindah tangan (ada dalam Modul 7 eBook 30 days War Map | Survival Psikologi Dalam Trading) Sekarang kita ada satu checkpoint besar, iaitu PCE..kemudian…Jackson Hole. Kalau tone Fed lebih dovish, BTC ada ruang untuk cuba pecahkan $80K dan bergerak ke kawasan $84K–$90K. Kalau tone lebih hawkish? Jangan terkejut kalau market buat reverse dan BTC kembali menguji kawasan $72K–$74K. Jadi Saya tak nak kejar candle. Saya nak tengok reaction market terhadap data. Ini perbezaan antara: "trade apa yang kita nampak" dengan "trade apa yang market sedang bagitau kita." Sebab dalam market… Kadang-kadang signal paling penting bukan bila harga naik. Tapi bila harga tak jatuh walaupun berita sepatutnya bearish. Ini yang saya nak tengok. Jadi kalau korang trader crypto… - Jangan cuma tengok harga BTC naik. - Tengok siapa yang beli. - Tengok ETF flow. - Tengok liquidation. - Tengok liquidity. - Tengok yield. - Tengok Fed. Dan paling penting… Tengok apa yang crowd belum nampak...Sebab mungkin… Rally sebenar baru nak bermula. Atau mungkin market sedang menyediakan satu lagi perangkap untuk mereka yang terlambat. Inilah game sebenar dalam dunia trading... . Kalau korang nak tau semua ni, saya dah sediakan laporan penuh analisa Bitcoin Weeklu Outlook 22-28, Ogos.. boleh baca kat https://t.me/MyCryptoversityResearch/67 . Ini bukan nasihat kewangan / pelaburan. Sekadar pendapat peribadi. Buat kajian sendiri sebelum masuk market dan saya bukan sifu. Regards, - Cikgu Mayee | MyCryptoversity . #MyCryptoversity #NotFinancialAdvise #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto

🔥9
August 24, 2026 920