BNB Terperangkap Bawah $602 Selepas Rejection Dari $620, Sementara FED Buat Kejutan Denfan Naratif Hawkish Menjelang September Dalam monthly webinar ahad lepas ada student tanya saya "Cikgu, BNB ni burn banyak gila kan... tapi kenapa harga still tak gerak-gerak. Confirm ke burn ni ada kesan betul-betul atau hanya sekadar marketing je sebenarnya?" Terkedu jugak saya dengan soalan tu, lama jugak saya berfikir... Sebab jujur saya cakap...soalan tu jugak saya sendiri pernah tanya diri saya beberapa tahun lepas. Rasa was-was macam ni bukan lemah, tapi ini refleks semula jadi manusia bila nampak cerita yang sedap sangat. Mari kita check sama-sama... BNB baru je burn 1.62 juta token, nilai dekat $932 juta.. supply turun ke 133 juta, target akhir 100 juta. Angka ni betul, korang boleh verify sendiri kat blockchain. Network pun sama, 15.1 juta transaksi sehari.. naik dari 3.4 juta tahun lepas. Nilai stablecoin dalam chain dia pun dah tembus $17 bilion. Semua ni real... Bukan reka. Tapi... Kat sini yang buatkan saya rasa berat sikit bila baca data on-chain lagi dalam.. Company besar yang beli BNB untuk treasury diorang, macam Nano Labs dan CEA Industries, purata beli diorang $700 sampai $860. Harga sekarang? $603. Maksudnya... portfolio orang besar yang "confirm bullish" pun sekarang duk dalam kerugian... betul tak? Jadi kalau korang was-was pasal burn ni betul-betul ada kesan atau tak, saya nak cakap satu benda. Was-was korang tu bukan salah. Fundamental boleh kukuh, tapi harga masih boleh terperangkap kalau orang yang sepatutnya paling yakin pun tengah underwater. Dua benda ni boleh jadi betul serentak. Pakcik kebun sebelah cakap, ini yang ramai orang gagal nampak, diorang samada percaya buta - buta pada narrative burn atau terus tolak semua sebagai gimmick. Jarang orang duduk di tengah - tengah dan cakap "kedua - dua tu boleh jadi benar." Jackson Hole minggu ni mungkin yang tentukan siapa menang antara dua cerita ni. Kalau korang rasa was-was dengan sesuatu narrative dalam market... itu bukan tanda korang tak faham. Kadang-kadang itu tanda korang mula faham lebih dalam dari orang yang cakap yakin sangat. Apa yang korang buat dengan perasaan was-was tu? Terus scroll, atau berhenti check data sendiri? Kalau nak belajar cara baca on-chain data dan bezakan mana signal betul, mana sekadar noise, saya letak dalam buku Panduan Lengkap Pemula Kripto dan Blockchain dan saya juga ada siapkan analisa penuh BNB Weekly Outlook minggu ni Ini bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Sekadar pendapat peribadi dan bahan bacaan sahaja. Buat kajian sendiri sebelum masuk market. . #BNB #MyCryptoversity #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto #NotFinancialAdvise
Blajar KriptoPLPKBPerlukan bantuan?? “Kalau anda terlepas Bitcoin 2013, 2017 & 2021.. jangan ulang silap yang sama hari ini.” “Bayangkan kalau anda beli RM100 Bitcoin tahun 2013…”Hari ini nilainya d…
9
3
2