HEBAHAN KEPADA PELAJAR BAHARU UiTM SESI KEMASUKAN AKADEMIK 2026/2027
๐ Tahniah dan selamat datang ke Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan pelajar sentiasa diberi perhatian, UiTM membuka ruang kepada pelajar baharu yang menghadapi kekangan tertentu yang berpotensi menjejaskan proses pendaftaran dan kemasukan ke universiti untuk mengemukakan maklumat melalui Borang Saringan Keperluan Pelajar Baharu.
Kekangan yang dimaksudkan termasuklah aspek kewangan, keluarga, kesihatan atau lain-lain situasi yang memerlukan perhatian dan semakan lanjut oleh pihak universiti.
๐ Borang Saringan Keperluan Pelajar Baharu:https://forms.gle/3aQVDuh825fRcgih7
Maklumat yang dikemukakan akan diteliti oleh pihak universiti dan pelajar yang memenuhi kriteria saringan akan dihubungi bagi tujuan semakan serta tindakan susulan yang bersesuaian.
๐ Hotline:
Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar UiTM
03-5544 3542
03-5544 3545
03-5544 3538
๐ง E-mel: [email protected]

35
1
1June 10, 2026 26.1K 77