Dua pesawat yang membawa 127 orang awam Palestin yang cedera selamat… — My Life — TG.ME

Dua pesawat yang membawa 127 orang awam Palestin yang cedera selamat tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada Jumaat. Kumpulan itu yang terdiri daripada 41 individu termasuk kanak-kanak yang cedera bersama 86 waris mereka yang merupakan orang awam Palestin yang mencari perlindungan di Mesir berikutan serangan Israel ke atas Palestin. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Pangkalan Udara Subang telah dijadikan mini hospital bagi persinggahan sementara rakyat Palestin setelah tiba di Malaysia, sebelum dipindahkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur. “Tiga wad akan digunakan untuk mereka dan sebanyak 26 ambulan akan disediakan untuk pemindahan mereka ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan,” katanya pada sidang akhbar Majlis Penerimaan Pesakit Rayat Palestin di Malaysia. — 15 Ogos 2024 —

August 18, 2024 389