Bahan Kisar :-
•3 biji bawang putih
•4 biji bawang merah
•1 inci halia
•1 inci lengkuas
•1 inci kunyit hidup
Bahan Tumis :-
•4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
•Cili kisar secukupnya
Bahan Lain:-
•Rempah Gulai Nasi Dagang ( https://s.shopee.com.my/6pvqu2TkR7 )
•1 ekor ayam (dipotong sederhana)
•Sedikit air
•Gula melaka secukupnya
•Asam keping secukupnya
•1 sudu besar kerisik
Santan secukupnya
•Telur rebus (ikut suka)
•Cili hijau (ikut suka)
•Garam & perasa secukupnya
👩🏻🍳 Cara Penyediaan :-
1️⃣ Tumis rempah sekawan
Panaskan minyak dan tumis rempah sekawan hingga naik bau.
2️⃣ Masukkan bahan kisar
Masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi.
3️⃣ Masukkan cili kisar
Masukkan cili kisar dan masak hingga betul-betul masak.
Tambah sedikit air untuk elakkan cili hangus.
4️⃣ Masukkan rempah & ayam
Masukkan rempah gulai, kacau rata.
Masukkan ayam dan tuang separuh santan.
Tambah air secukupnya hingga ayam tenggelam.
5️⃣ Masak hingga empuk
Tutup periuk dan biarkan ayam empuk serta kuah pecah minyak.
6️⃣ Masukkan bahan perasa utama
Masukkan asam keping, gula melaka, kerisik dan baki santan.
Kacau perlahan.
7️⃣ Masukkan telur & cili hijau
Masukkan telur rebus dan cili hijau.
8️⃣ Perasakan
Tambah garam dan serbuk perasa secukupnya.
Siap untuk dihidangkan!
📍 Untuk step lebih jelas, sila refer video Ayra ye 👩🏻🍳💕
✨ Selamat mencuba & semoga menjadi!
