Kebakaran hutan besar melanda kawasan sekitar Tigzirt dan laluan yang menghubungkan Tigzirt dengan Tizi Ouzou di utara Algeria, dengan api marak serta kepulan asap tebal menyelubungi kawasan berkenaan. Rakaman pada Rabu dan Khamis menunjukkan api membakar kawasan hutan sebelum pasukan Pertahanan Awam dikerahkan untuk mengawal kebakaran.
Menurut Perkhidmatan Akhbar Algeria, sebanyak 118 daripada 123 kebakaran yang direkodkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam berjaya dipadamkan, manakala operasi pemadaman bagi kebakaran yang masih aktif diteruskan.
#AWANInews
6
4August 29, 2026 1.7K 2