Bila dah tahu benda ni, kita akan mula pandang ayat Al-Quran dengan… — Afnan Nasaruddin — TG.ME

Afnan NasaruddinVideo
👉 "Bila dah tahu benda ni, kita akan mula pandang ayat Al-Quran dengan cara berbeza..."

Selama ini bila buka Al-Quran, mungkin kita terus sahaja membaca.

Tapi bila mula belajar tentang Waqaf & Ibtida’, kita akan mula perhatikan perkara yang selama ini mungkin terlepas pandang.

📖 Kita mula perhatikan tanda waqaf
Bukan sekadar nampak simbol dalam mushaf, tetapi mula mengenali maksud dan fungsi asas tanda-tanda tersebut.

.

📖 Kita mula melihat ayat sebelum terus membaca
Perhatikan panjang ayat, tanda waqaf dan mula merancang penggunaan nafas serta tempat untuk berhenti.

.

📖 Bila terpaksa berhenti, kita lebih peka sebelum mula semula
Kita mula memahami bahawa Ibtida’ bukan sekadar sambung dari mana kita berhenti, tetapi ada perkara yang perlu diperhatikan ketika memulakan semula bacaan.

Dan bukan Waqaf & Ibtida’ sahaja..

Surah Yasin yang mungkin sudah bertahun-tahun kita baca pun boleh kita lihat dengan “mata yang baru”.

📖 Kita mula semak tajwidnya bahagian demi bahagian
Dengan kaedah Divide & Conquer, pembelajaran Surah Yasin dipecahkan kepada bahagian lebih kecil supaya lebih mudah untuk dipelajari dan diulang kaji.

Sedikit demi sedikit..

Daripada sekadar membaca mengikut kebiasaan, kita mula lebih peka dengan apa yang sedang kita baca.

Bukan bermaksud selepas menonton terus mahir semuanya.

Tetapi sekurang-kurangnya, kita sudah mula nampak apa lagi yang boleh kita pelajari dan perbaiki dalam bacaan sendiri.

.

🔥 Sempena Birthday Quran Pro Academy ke-7, dapatkan:

Video Panduan Asas Cara Berhenti & Menyambung Bacaan Al-Quran
Video Panduan Tajwid Surah Yasin Kaedah Divide & Conquer

Pakej Combo hanya RM350 RM200.

Klik di bawah untuk join group waiting list untuk jadi yang terawal dapatkan pada 26 Ogos, 10.00 pagi

👇👇
https://chat.whatsapp.com/IvFzeKQl2YL26P7zg5ekfZ
❤1
August 25, 2026 111