“Abah. Sulcata ni makan sayur sahaja ke?”
Secara am, betul.
Tapi secara lebih terperinci ada beberapa peringkat.
1. Baby Sulcata
Permakanan harian baby sulcata hampir sama seperti sulcata dewasa, cuma untuk baby sulcata ada tambahan makanan lain antaranya adalah pallet.
Pallet pula ada beberapa jenis. Ada pallet sayur, pallet buah, pallet kaktus, dan pallet daripada daun yang baik untuk sulcata.
Biasanya untuk baby sulcata, saya akan selang seli bagi makan semuanya. Isnin Selasa sayur, Rabu Khamis lain-lain jenis pallet.
Selain itu juga, makanan baby sulcata ni sebaiknya ditabur juga serbuk kalsium untuk penjagaan cengkerangnya.
Selain kalsium, baby sulcata juga perlukan tambahan vitaman yang perlu kita spray pada makanan sulcata.
2. Sulcata dewasa
Sulcata dewasa ni untuk umur 5 tahun dan ke atas. Masa ni penjagaan dah boleh kata sedikit mudah tetapi masih tak boleh ambil mudah.
Untuk sulcata dewasa, nak bagi lebih sayur dan kaktus pun takpa, lepas tu selang seli dengan pallet.
3. Sulcata yang dah 30-40 tahun
Ini memang senang. Kiranya bila sampai tahap usia ini, sulcata dah kuat.
Jadi nak bagi makanan sayur sahaja boleh. Tapi seperti biasa serbuk kalsium dan vitamin tambahan tetap perlu diberi.
Sulcata dewasa dengan sulcata yang dah 30-40 tahun ni, seminggu sekali nak bagi buah pun boleh.
Memang kegemaran mereka sebab buah ni rasa dia manis.
Cuma jangan beri secara berlebihan buah-buahan.
Semoga maklumat yang abah kongsi ini bermanfaat untuk yang baru nak bermula!
Abah Sulcata
TikTok: https://www.tiktok.com/@abahsulcata
YouTube: https://youtube.com/@abahsulcata
FB Sulcata: https://www.facebook.com/abahsulcata