๐—ž๐—˜๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ: ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—›๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—ฅ ๐——๐—”๐—ฅ๐—œโ€ฆ โ€” Kuliah Umar Aziz โ€” TG.ME

๐—ž๐—˜๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ: ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—›๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—ฅ ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—” & ๐——๐—œ๐— ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—ฅ๐—š๐—”

Kita sering mengukur kejayaan dengan harta, pangkat, pekerjaan, rumah yang besar atau kehidupan yang selesa. Namun, di sisi Allah SWT, kejayaan yang sebenar bukanlah apa yang kita kumpulkan di dunia.

Kejayaan yang hakiki adalah apabila seseorang diselamatkan daripada api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Allah SWT berfirman:

โ€œTiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahala kamu. Maka sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya...โ€
(Surah Ali โ€˜Imran: 185)

Maka jangan terlalu mengejar kejayaan dunia sehingga kita terlupa untuk mengejar kejayaan akhirat. Kerana sebesar mana pun kejayaan yang kita miliki di dunia, semuanya tidak bermakna jika akhirnya kita gagal di akhirat.
September 7, 2026 42 2