💱 Berapa lama sebenarnya “umur” mata wang? Tahukah anda purata jangka hayat mata wang kenegaraan cuma 27 tahun? Ringgit Malaysia (MYR) pula dah 59 tahun (sejak 1967), lebih dua kali ganda purata itu — bermula sebagai “Malaysia Dollar” (MYD), 4 tahun selepas BNM ditubuhkan. Tapi RM belum apa-apa berbanding yang lebih veteran: - 🇬🇧 GBP — 1,200+ tahun (sejak 775), tertua di dunia 🇺🇸 USD, 🇨🇭 CHF, 🇮🇳 INR — ratusan tahun 🇯🇵 JPY — 155 tahun (sejak 1871) Ada pula yang masih “remaja”: 🇸🇸 SSP (Sudan Selatan) — sejak Julai 2011 🇸🇷 SRD (Surinam) — sejak Jan 2004 🇷🇸 RSD (Serbia) — sejak Jul 2023 🇪🇺 EUR — baru 24 tahun (matawang sejak Jan 1999, duit fizikal 2002), digunakan 20 negara EU Dan yang tak sempat besar: ☠️ Dinar Yugoslav — 24 hari (1994) ☠️ Dolar Zimbabwe — 170 hari ☠️ Papiermark Jerman — 3 tahun (1920-1923), era hiperinflasi antara dua Perang Dunia Tua ≠ kuat. GBP, USD, CHF, INR — semua dah susut kuasa beli 90% hingga 99%+ sejak mula digunakan! Lagi membimbangkan: wang hari ini adalah fiat, tak disandar apa-apa. Sejak Nixon Shock 1971 (55 tahun lalu) — asalnya cuma perintah eksekutif “sementara” — dunia lepaskan sandaran emas. Majoriti negara kini simpan USD sebagai rizab untuk “kestabilan harga dagangan” (bukan “nilai”, ramai silap sebut). Jadi… berapa yakin anda dengan RM? Dan pada peminat stablecoin USDT/USDC — sandaran korang pun cuma USD jugak. Alternatif lain yang orang pilih: 🏠🥇 Hartanah & emas — bertahan ribuan tahun, purata naik ~9%/tahun berbanding USD ₿ Bitcoin — aset “remaja” 17 tahun (sejak 2009) 📈 Saham, token & aset pelaburan lain — untuk kekayaan lebih pantas PILIHAN DI TANGAN ANDA, kata Tuan Zen. 📍 SenangBit 18/7/26
SenangBit: post #4115 — TG.ME
July 17, 2026 157 2