Hari ini saya diberi peluang untuk mengikuti perbicaraan kes di… — POSITIVE CIRCLE — TG.ME

Hari ini saya diberi peluang untuk mengikuti perbicaraan kes di Mahkamah Majistret Tangkak — satu pengalaman yang bukan sekadar mengujakan, tetapi menyentuh hati dan membuka mata. Melihat sendiri setiap proses yang berlangsung, dari awal hingga akhir, benar-benar memberi pengajaran yang mendalam. Ia bukan sekadar prosedur undang-undang, tetapi sebuah realiti kehidupan yang penuh dengan kisah, pilihan, dan akibat. Lebih memberi kesan, apabila kes yang dibicarakan hari ini adalah dua kes yang pernah saya sendiri terlibat secara langsung dalam sesi bersama klien. Ada rasa sayu, ada rasa insaf. Mendengar kronologi kes dibacakan satu persatu, seolah-olah mengingatkan bahawa setiap tindakan kita di dunia ini akan ada catatannya. Dan suatu hari nanti, catatan itu juga akan dibentangkan — bukan di hadapan manusia, tetapi di hadapan Rabbul Jalil.

April 20, 2026 149