Apa Itu CPI & Kenapa Trader Kena Alert? 📊 CPI bermaksud Consumer… — PETS Trading Lab 📊 — TG.ME

Apa Itu CPI & Kenapa Trader Kena Alert? 📊

CPI bermaksud Consumer Price Index — data yang mengukur perubahan harga barang dan servis yang dibeli oleh pengguna.
Dalam bahasa mudah, CPI ni berkait dengan inflation.

Malam ini market akan fokus pada 3 data utama USD:

➡️Core CPI m/m
Forecast: 0.3% | Previous: 0.2%

➡️CPI m/m
Forecast: 0.6% | Previous: 0.9%

➡️CPI y/y
Forecast: 3.7% | Previous: 3.3%

Kenapa data ni penting
❓

✅Sebab inflation boleh mempengaruhi expectation market terhadap polisi interest rate.

📈Kalau bacaan CPI keluar lebih tinggi daripada forecast, market boleh anggap inflation masih kuat. Ini boleh beri tekanan bullish kepada USD.

📉Kalau bacaan CPI keluar lebih rendah daripada forecast, market boleh anggap inflation mula reda. Ini boleh beri tekanan bearish kepada USD.

❗️Tapi ingat, market reaction tak semestinya straight satu hala.
Kadang-kadang candle pertama hanya spike.
Kadang-kadang market fake move dulu.
Kadang-kadang direction sebenar muncul selepas market stabilize.
Sebab itu trader jangan terlalu gopoh masa news release.

Fokus pair yang berkaitan dengan USD seperti:

XAUUSD, EURUSD, GBPUSD, USDJPY dan pair USD lain.

Untuk malam ini:

➡️Baca data.
➡️Tunggu reaction.
➡️Confirm dengan chart.
➡️Jaga lot dan margin.

PETS Trading Lab
Learn | Earn | Grow

➡️Education purpose only. Bukan signal atau nasihat kewangan.
🔥2
May 12, 2026 98