๐—ง๐—˜๐—•๐—œ๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐——๐—œ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—› ๐——๐—จ๐—”?โ€ฆ โ€” PASRelief Official โ€” TG.ME

๐—ง๐—˜๐—•๐—œ๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐——๐—œ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—› ๐——๐—จ๐—”?

https://www.facebook.com/share/p/1cYPenJxio/

Beberapa siri serangan dan pencerobohan yang berlaku di Tebing Barat sekitar tiga tahun kebelakangan ini dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan rancangan regim Z!0nis Isr43l untuk meluaskan wilayah yang didudukinya secara haram.

Penjajah Isr43l sedang meneruskan sebuah projek pembangunan dan penempatan di kawasan strategik yang dikenali sebagai E1 di Tebing Barat yang diduduki. Projek ini menimbulkan kebimbangan antarabangsa kerana lokasinya boleh memutuskan hubungan antara bahagian utara dan selatan Tebing Barat, ibarat wilayah itu akan dibelah dua.

Kawasan E1 terletak di antara Baitulmaqdis Timur dan penempatan Maโ€™ale Adumim. Jika pembangunan penempatan diteruskan, kawasan Palestin di sekitar Baitulmaqdis Timur boleh menjadi semakin terpisah daripada komuniti Pls.tin lain di Tebing Barat. Keadaan ini berpotensi mengehadkan pergerakan penduduk serta memecahkan wilayah Pls.tin kepada kawasan-kawasan yang terpisah.

Perkembangan ini berlaku seiring dengan meningkatnya aktiviti keganasan dan peluasan penempatan Isr43l di Tebing Barat. Bukan sahaja pihak bersenjata, bahkan serangan pendatang haram Yahudi terhadap masyarakat Pls.tin semakin kerap berlaku termasuk tindakan yang menyebabkan kerosakan harta benda, pembakaran, serangan fizikal dan pemindahan penduduk secara paksa.

Rancangan pembinaan kira-kira 1,200 unit rumah penempatan pendatang di kawasan tanah yang mempunyai kepentingan strategik itu telah mencetuskan kecaman meluas. Di bawah tekanan masyarakat antarabangsa, pihak berkuasa Isr43l sebelum ini menangguhkan beberapa rancangan untuk membina penempatan di kawasan tersebut.

Peluasan penempatan pendatang Yahudi di kawasan strategik ini boleh menjadikan status quo wilayah Pls.tin semakin terancam dan membimbangkan. Kebimbangan ini semakin serius apabila keganasan pendatang Yahudi ini berlaku bersama tindakan ketenteraan dan tekanan terhadap penduduk asal Pls.tin. Dalam beberapa kejadian baru-baru ini di Qusra di mana keluarga Pls.tin dilaporkan dikepung di rumah mereka sendiri dan bekalan air serta elektrik diputuskan.

Semua penempatan Isr43l di wilayah Palestin dianggap menyalahi undang-undang di bawah undang-undang antarabangsa. Rancangan E1 merupakan ancaman yang mempunyai kesan besar terhadap masa depan Tebing Barat dan merencatkan pembentukan sebuah negara Palestin dengan sempadan yang dipersetujui pada tahun 1967.

Sejak Oktober 2023, lebih daripada 1,100 rakyat Pls.tin telah terbun*h di Tebing Barat yang diduduki akibat tindakan tentera Isr43l dan peneroka Isr43l, termasuk sekurang-kurangnya 240 kanak-kanak, berdasarkan angka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dilaporkan.

Kesedaran masyarakat antarabangsa amat penting. Apa yang berlaku di Tebing Barat memberi kesan langsung kepada kehidupan orang awam yang tinggal di kawasan tersebut dan turut mempengaruhi peluang untuk mencapai penyelesaian politik yang adil dan berkekalan.
_

๐Ÿค ๐‰๐จ๐ฆ ๐ฌ๐ž๐๐ž๐ค๐š๐ก ๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐๐€๐’๐‘๐ž๐ฅ๐ข๐ž๐Ÿ ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข :
https://infaqpay.my/plus/tabung-bantuan-palestine-pasrelief

โ€ข Atau terus ke akaun Maybank Islamic -
PASRELIEF : 5640 7061 4481

๐Ÿ“ฒ Hotline PASRelief :
https://www.wasap.my/60175001144/

#PASRelief #MisiUmmah #PrihatinUmmahSejagat

Ikuti PASRelief disini ๐Ÿ‘‡๐Ÿป:
https://linktr.ee/PASRelief
August 28, 2026 124 2