[ ๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐ ]
https://www.facebook.com/share/p/1F9UY4srAN/
๐ฃ๐๐ฆ๐ฅ๐๐๐๐๐ ๐ฅ๐๐๐๐๐ฆ๐๐ฆ๐๐๐๐ก ๐๐ ๐๐ก๐๐ ๐ฅ๐๐๐ฌ๐๐ง ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐จ๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ ๐๐ฆ๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐๐
1. PASRelief terus memperkukuh komitmennya dalam misi kemanusiaan dan pembangunan masyarakat Islam di Bangsamoro apabila Masjid Sheikh Salamat Hashim di Pulau Basilan, Mindanao telah dirasmikan pada 19 Ogos 2026.
2. Pembinaan masjid ini merupakan hasil sumbangan rakyat Malaysia yang disalurkan melalui PASRelief sebagai tanda keprihatinan dan solidariti terhadap masyarakat Islam di Bangsamoro. Usaha ini turut mencerminkan kepercayaan para penyumbang untuk bersama-sama menyokong pembangunan masyarakat Islam yang memerlukan.
3. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datoโ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Kubang Kerian. Turut hadir ialah Yang Mulia Wali Bangsamoro, Sheikh Muslim M. Guiamaden, yang bersama-sama menyaksikan detik bermakna perasmian masjid tersebut.
4. Rombongan PASRelief dalam kunjungan ini diketuai oleh YB Ustaz Mohd Yusni Mat Piah, Pengarah PASRelief, bersama Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia merangkap Timbalan Pengarah 3 PASRelief; Ustaz Ahmad Rashdan Ikhsan, Setiausaha PASRelief; dan Saudari Siti Nur Hidayah Rasidi, Penolong Setiausaha 2 PASRelief.
5. PASRelief berharap masjid ini menjadi pusat ibadah, pendidikan dan penyatuan masyarakat Islam di Pulau Basilan, sekali gus menjadi simbol persaudaraan yang menghubungkan rakyat Malaysia dengan masyarakat Bangsamoro melalui semangat kemanusiaan, ukhuwah dan kepedulian bersama.
6. PASRelief merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang serta memberikan kepercayaan kepada PASRelief dalam merealisasikan pembinaan masjid ini. Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya dan memberi manfaat kepada masyarakat Islam di Pulau Basilan untuk generasi yang akan datang.
YB Ustaz Mohd Yusni Bin Mat Piah
Pengarah PASRelief
#PASRelief #MisiUmmah #PrihatinUmmahSejagat
Ikuti PASRelief disini ๐๐ป:
https://linktr.ee/PASRelief
August 21, 2026 102 1