GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL PAIP DAERAH RAUB* Pengurusan Air… — Notis Gangguan Bekalan Air Negeri Pahang — TG.ME

*GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL PAIP DAERAH RAUB*

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) ingin memaklumkan bahawa bekalan air telah terputus akibat paip bekalan utama jenis AC bersaiz 150mm telah pecah di Kg Ulu Renggol Sega, Daerah Raub.

Kerja- kerja penggantian paip yang pecah tersebut akan dilakukan segera oleh PAIP Raub.

Sehubungan dengan itu, beberapa kawasan seperti berikut akan mengalami gangguan bekalan air :

*Tarikh dan Masa Gangguan*
8 September 2026 (Selasa) jam 11.50 pagi sehingga jam 5.50 petang.

*Kawasan-Kawasan Terlibat*
Seluruh kawasan Kg Serdang Ulu Renggol dan kawasan sekitarnya.

*Jumlah Akaun Terlibat* : 60

Pengguna yang ada sebarang pertanyaan dan aduan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan, di talian 09-573 9999.

*Dikeluarkan oleh :*
Pengurus PAIP Daerah Raub
September 8, 2026 798