GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL PAIP BERHAD DAERAH TEMERLOH
Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) ingin memaklumkan bahawa bekalan air telah terputus akibat paip bekalan utama jenis AC 150 mm telah pecah di Jalan Utama Ke Kg Ketumbit, berhampiran dengan Dewan Terbuka Seri Ketumbit, paip yang pecah disebabkan dari kerja-kerja kontraktor.
Kerja-kerja penggantian paip yang pecah tersebut akan dilakukan segera oleh pihak ke-3.
Sehubungan dengan itu, beberapa kawasan seperti berikut akan mengalami gangguan bekalan air :
Tarikh dan Masa Gangguan : 03Hb September 2026 (Khamis) Jam 7.30pm sehingga 11.30pm
Kawasan-Kawasan Terlibat : Keseluruhan Kg Lipat Kajang, Kg Huma Luas, Kg Kerdau, Kg Kuala Kerdau, Kg Ketumbit, Kg Baru Ketumbit, Felcra Kerdau, Taman Sri Kerdau, Taman Pinggiran Kerdau, Kg Baru Kerdau, Taman Kerdau Impian, Kg Ketam, SBPI, Paya Perlong, Kg Kelibang, Kg Peragap, Kg Paya Taram, Taman sri Makmur, Taman Paya Taram dan Kawasan Sekitar.
Jumlah Akaun Terlibat : 1000 bil
Pengguna yang ada sebarang pertanyaan dan aduan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan, ditalian 09-5739999
Dikeluarkan oleh : Pengurus Daerah PAIP Temerloh
September 3, 2026 1.2K