Sekarang Kak Kay nak cakap pasal kita pula. "Kalau aku nak masuk… — NotaKamaliaKamal — TG.ME

Sekarang Kak Kay nak cakap pasal kita pula. "Kalau aku nak masuk dalam relationship, atau aku dah pun berada dalam relationship..... apa yang aku kena tahu tentang diri aku?"

Yang pertama sekali, identifying your defensiveness. Apa maksudnya? Mengenal pasti tahap sensitiviti diri sendiri. Benda ni sangat, sangat, sangat penting. Kalau kita berada dalam relationship tapi kita tak kenal tahap sensitiviti diri sendiri, memang kita akan berdepan dengan banyak cabaran.

Bukan setakat dalam relationship dengan pasangan je. Tapi dalam seluruh kehidupan kita.

Sebab relationship ni sebenarnya ialah benchmark kepada quality of life kita. Kalau relationship kita dengan pasangan pun bermasalah, selalunya relationship kita dengan orang lain pun ada isu juga.
September 2, 2026 1.1K 1