BISMILLAH SEBELUM MAKAN Ummul Mukminin Aisyah RA meriwayatkan bahawa… — My #HadithTime — TG.ME

BISMILLAH SEBELUM MAKAN

Ummul Mukminin Aisyah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ طَعَامًا فَلْيَقُلْ: بِسْمِ اللهِ، فَإِنْ نَسِيَ فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ: بِسْمِ اللهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ

Apabila seseorang daripada kamu hendak mula makan, bacalah: Bismillah (Dengan nama Allah). Jika terlupa membacanya ketika hendak mula makan, maka bacalah: Bismillahi fi awwalihi wa akhirihi (Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya)

(Jami' al-Tirmizi, no. 1858, Hasan Sahih)

1. Galakan menyebut Bismillah ini merangkumi ketika minum juga.

2. Antara hikmahnya adalah supaya makanan itu terpelihara daripada dicuri oleh syaitan.

Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ، فَذَكَرَ اللهَ عِنْدَ دُخُولِهِ وَعِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: لَا مَبِيتَ لَكُمْ، وَلَا عَشَاءَ، وَإِذَا دَخَلَ، فَلَمْ يَذْكُرِ اللهَ عِنْدَ دُخُولِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ، وَإِذَا لَمْ يَذْكُرِ اللهَ عِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ وَالْعَشَاءَ

"Apabila seseorang masuk ke dalam rumahnya lalu menyebut nama Allah ketika masuk rumah dan ketika hendak makan, syaitan berkata kepada kawan-kawannya: Tiada tempat tinggal dan tiada makanan untuk kamu. Apabila seseorang itu masuk ke dalam rumah, tidak menyebut nama Allah ketika masuk rumah dan tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan berkata: Kamu telah dapat tempat tinggal dan makanan."

(Sahih Muslim, no. 2018)

Semoga Allah memelihara kita.

https://mylink.la/myhadithtime
September 2, 2026 194 3