Kepentingan Kawan Yang Baik
=====
1. Dalam hadis Rasulullah berpesan bahawa seorang kawan itu akan mempunyai pengaruh terhadap kawannya yang lain terutama dalam perihal keagamaan. Sabda Rasulullah:
الْمَرْءُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ، فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِطُ. وَقَالَ مُؤَمَّلٌ: مَنْ يُخَالِلُ
"Sesungguhnya seseorang itu berada di atas agama kawannya. Maka perhatikanlah seorang dari kamu semua dengan siapa dia berkawan." (HR Ahmad)
2. Begitu juga dengan anak-anak kita. Perhatikan dengan siapakan mereka berkawan. Atas dasar itu al-Imam al-Ghazali menegaskan bahawa prinsip asas dalam pembentukan anak adalah mengelakkan mereka dari bertemu dengan pengaruh yang tidak baik. Kata al-Ghazali:
أَصْلُ تَأْدِيبِ الصِّبْيَانِ الْحِفْظُ مِنْ قُرَنَاءِ السُوْء
"Asas dalam pendidikan adab seorang anak ialah menjaga mereka dari kawan-kawan yang tidak elok." (Ihya Ulumuddin)
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://mylink.la/myhadithtime
August 28, 2026 798 4