My #HadithTime: post #6557 — TG.ME

APABILA SESUATU TAK JADI SEPERTI YANG KITA MAHU

Apabila sesuatu berlaku tak seperti yang kita kehendaki, sunnah untuk kita menyebut:
"Qaddarallahu Wa Mashaa Fa'al"

Ini berdasarkan sebuah hadis, Saidina Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

فَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَذَا وَكَذَا وَلَكِنْ قُلْ قَدَّرَ اللَّهُ وَمَا شَاءَ فَعَلَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ

Jika sesuatu yang tidak elok dan tidak disukai menimpa kamu, janganlah berkata: "Kalaulah aku lakukan sebegini maka akan berlaku begini". Tetapi ucapkanlah: (Qaddarallahu Wa Mashaa Fa'al) "Sudah takdir Allah, Allah melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki". Kerana sesungguhnya perkataan 'kalaulah' akan membuka ruang kepada syaitan.

(Sahih Muslim, no. 2664 & Sunan Ibn Majah, no. 79)

Ungkapan ini mengajar kita reda dengan ketentuan Allah SWT setelah berusaha dan tidak mempertikaikan takdir.

Ini kerana tiada guna mempertikaikan takdir. Allah SWT tetap Maha Berkuasa dan hamba-Nya tetap terikat dengan ketentuan-Nya.

Semoga Allah SWT membimbing kita agar sentiasa reda dengan takdir-Nya.

https://mylink.la/myhadithtime
MyLink
@myhadithtime
August 20, 2026 834 9