MAKLUMAN PENTING: KEMASKINI APLIKASI PUBLIC GOLD* Public Gold Apps… — Muhammad Izzat Farhan & Cikgu AL — TG.ME

📢 *MAKLUMAN PENTING: KEMASKINI APLIKASI PUBLIC GOLD*

Public Gold Apps kini telah dinaik taraf dengan ciri keselamatan baharu iaitu sesi log masuk 24 jam bagi meningkatkan keselamatan akaun pelanggan.

Dengan kemaskini ini:

Jika anda menggunakan *device yang telah didaftarkan* dan telah mengaktifkan *Biometric Authentication* (Face ID/Fingerprint), anda akan *kekal log masuk seperti biasa.*

🔐 Jika syarat keselamatan di atas tidak dipenuhi, sesi log masuk akan *tamat secara automatik selepas 24 jam* dan anda perlu log masuk semula ke aplikasi.

Kemaskini ini adalah sebahagian daripada usaha Public Gold untuk meningkatkan keselamatan akaun serta melindungi akaun daripada akses tanpa kebenaran.

Jadi, jangan risau sekiranya anda diminta untuk log masuk semula selepas 24 jam.

Ini adalah ciri keselamatan baharu Public Gold App. 😊
August 25, 2026 78