Alhamdulillah selesai Seminar Membina Satu Juta Pertama di Manjung… — Muhammad Izzat Farhan & Cikgu AL — TG.ME

Alhamdulillah selesai Seminar Membina Satu Juta Pertama di Manjung, Perak.

Pesan Mentor saya, Tuan Hj. Mohd Zulkifli Shafie, untuk jadi orang kaya, kita kena tahu apa orang kaya tahu, buat apa orang kaya buat, kita akan dapat apa orang kaya buat.

Kita kena buat perkara yang betul berkali-kali. Bagi masa pada diri untuk perbaiki apa rutin yang tak betul selama ni.

Kita sudah banyak buat salah bertahun-tahun, kemudian kita mahu betulkan kesilapan dalam waktu sebulan. Jangan!

Bagi waktu pada diri untuk perbetulkan kesilapan. Bina rutin yang betul berulang kali.

Tuan puan, berada dalam G100 adalah satu rahmat sebab sentiasa disajikan dengan pelbagai ilmu yang bagus.

Konsisten hadir dan konsisten menabung.

InshaaAllah kewangan tuan puan akan jadi jauh lebih baik dalam tempoh 5 tahun.

_p/s : Pastikan follow mentor saya, tuan Zulkifli Shafie untuk lebih banyak ilmu yang boleh mengubah hidup sebab beliau sudah bantu ubah hidup ramai orang_
👉🏻 https://www.facebook.com/share/1HSp8uJpy5/?mibextid=wwXIfr
❤1
August 15, 2026 105